Wednesday, September 12, 2007

Piagam Pelanggan

Kami guru-guru dan kakitangan sekolah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Memberikan layanan yang baik dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.
  2. Mewujudkan warga yang berdedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, terlatih dan berketrampilan serta produktif.
  3. Member peluang kepada setiap murid untuk mendapat pendidikan yang baik dan cemerlang.
  4. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  5. Memastikan suasana dan akhlak baik, berbudi bahasa dan terkawal.
  6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran.
  7. Memastikan semua maklumat disampaikan kepada PPD dan JPNS dalam masa yang ditetapkan.
  8. Memastikan sekolah menyertai semua pertandingan kurikulum dan kokurikulum dalam peringkat luak, daerah, negeri dan kebangsaan.