Sunday, August 10, 2008

Program Semaian Wahyu Daerah Jelebu 2008

09 Ogos - Sabtu lalu telah berlangsung satu program tahunan iaitu Program Semaian Wahyu j-QAF - KAP peringkat Daerah Jelebu 2008 bertempat di SK Petaseh (Berasrama). Pihak sekolah telah menghantar 38 orang peserta bagi pertandingan Tilawah al-Quran (lelaki & perempuan), Kuiz Tahap 1 & Tahap 2, dan Kalam Jama`ie. Acara bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan berakhir lewat jam 1.30 petang. Pasukan Kalam Jama`ie telah meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Sungguhpun begitu, ini adalah kali pertama sekolah menghantar penyertaan dalam acara Kalam Jama`ie. Tahniah kepada guru-guru yang telah bersungguh-sungguh melatih pasukan Kalam Jama`ie tersebut. Harapan kami segala usaha yang telah dilakukan perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi demi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam setiap acara yang disertai pada masa akan datang. Insya-Allah.