Tuesday, March 25, 2008

Pertandingan Pidato

Pihak sekolah bakal menghantar peserta untuk pertandingan pidato Bahasa Melayu pada 28 - 29 Mac ini. Harapan kami agar mereka yang terlibat akan mendapat kejayaan yang baik.

Friday, March 21, 2008

Pertandingan Kawat Kaki

Pihak sekolah akan menghantar satu pasukan ke Pertandingan Kawat Kaki peringkat Daerah Jelebu yang akan berlangsung pada 31 Mac 2008. Pasukan ini sedang giat berlatih di bawah seliaan En. Norzaman Bin Abu Hassan. Diharap pasukan ini dapat mengulangi kejayaan mereka di peringkat daerah pada tahun lepas.

Pertandingan Bola Tampar

Pihak sekolah telah bersetuju untuk menghantar 2 pasukan yang berjumlah 24 orang peserta (12 lelaki dan 12 perempuan) ke Pertandingan Bola Tampar MSSMDJ yang akan berlangsung pada 26 - 27 Mac 2008, bertempat di SM Teknik Kuala Klawang. Diharap pasukan ini terus berusaha dengan gigih dan berlatih dengan tekun untuk mengharumkan nama sekolah di dalam bidang sukan Bola Tampar.

Minggu Bahasa Melayu

Sebelum cuti pertengahan penggal pertama baru-baru ini, pihak sekolah telah menghantar 4 orang murid ke pertandingan minggu Bahasa Melayu peringkat daerah Jelebu. Alhamdulillah, keputusannya amat memberangsangkan. Ucapan tahniah kepada mereka kerana mengharumkan nama sekolah. Berikut adalah nama murid yang mewakili sekolah ke dalam pertandingan tersebut:

1. Siti Syuhada Binti Roslan (Tahun 2) - Johan Bercerita Tahap 1
2. Nur Annissa Syahira Binti Baharum (Tahun 6) - Naib Johan Bercerita Tahap 2
3. Siti Syazana Binti Roslan (Tahun 6) - Ketiga Mengarang Tahap 2
4. Siti Hajar Binti Abd. Rahim (Tahun 2) - Saguhati Mengarang Tahap 1