Thursday, December 11, 2008

Diari 2008...Bicara 2009

Dua puluh hari lagi tahun 2008 akan tinggal kenangan. Pelbagai kisah suka dan duka telah mewarnai dan melatari kehidupan kita sepanjang waktu ini. Episod 2009 akan bermula tanpa kita ketahui apa yang bakal berlaku dan sebesar mana cabaran yang harus diharungi. Namun hanya perancangan dan perlaksanaan yang baik pasti akan membuahkan hasil yang diingini dengan jayanya. Justeru, usaha, doa dan tawakal perlu diiringi dalam setiap tindakan dan langkah yang kita tempuhi pada tahun 2009 nanti. Semoga semangat kita tidak akan pudar seiring dengan masa yang berlalu, dan semakin bertambah ketekunan dan kesungguhan diri kita dalam memikul amanah mendidik anak bangsa seiring dengan era globalisasi yang mendatang, pastinya mencabar kredibiliti setiap orang yang bergelar pendidik. Teruskan usaha kita cikgu!