Tuesday, September 23, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 2008

Selasa, 23 Sept - Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena program tadarus Al-Quran yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan 1429 H bersamaan 2008 M. Program tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 24 Ramadan/24 September ini bertempat di Dewan Bestari, SK Sepri Tengah. Majlis ini turut diceriakan dengan kehadiran Ust. Abdul Jalil b. Mat Zin, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Jempol/Jelebu selaku perasmi majlis.

Pelbagai persediaan dan pengisian telah dirancang termasuk acara perarakan, selawat dan paluan kompang. Seramai 50 orang murid telah dipilih untuk menjayakan acara khatam Al-Quran ini secara beramai-ramai. Murid-murid turut diberi saguhati dan bunga telur setiap seorang di atas kesungguhan mereka menjayakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Hari ini dijangka akan berlangsung acara raptai bagi majlis tersebut. Semua warga SK Sepri Tengah turut serta dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan segala perancangan yang diatur akan berjalan dengan baik dan lancar. Insya Allah.